Seorang terbunuh, 27 cedera dalam insiden tembakan di Dumas City


  • Benua
  • Isnin, 21 Mac 2022

KEJADIAN tembakan berlaku di kawasan tempat letak kereta berhampiran sebuah premis di Dumas City. — Agensi

SEORANG terbunuh dan sekurang-kurangnya 27 lagi cedera dalam kejadian tembakan di Dumas City selatan Arkansas pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

"Seorang suspek berjaya ditahan dan pihak polis masih memburu saki-baki penjenayah yang terlibat," lapor Xinhua, memetik kenyataan pihak polis Arkansas.

Beberapa orang kanak-kanak turut menjadi mangsa dan siasatan berhubung kejadian masih dijalankan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

AS, tembakan, mangsa, Arkansas, Dumas City,