Enggan hidup susah, ibu ‘gila’ tergamak cuba bunuh tiga anak tak berdosa


  • Benua
  • Isnin, 21 Mac 2022

KANTI (tengah) ketika disoal siasat olah pihak polis selepas ditangkap kerana membunuh anaknya. — Agensi
SEORANG ibu muda berusia 35 tahun, Kanti Utami di Desa Tonjong, Kecamatan Tonjong, Kabupaten Brebes, Indonesia sanggup membunuh anaknya dengan pisau semata-mata tidak mahu mereka hidup susah.

Dalam satu rakaman video, Kanti dilihat mengaku membunuh anaknya ketika disoal siasat pihak berkuasa Indonesia.

"Saya ingin menyelamatkan anak-anak saya biar tidak susah. Tak perlu rasa sedih. Harus mati supaya tidak sedih seperti saya.

"Saya ini tidak gila. Ingin rasa disayangi suami tetapi dia selalu menganggur. Saya tak sanggup lagi kalau suami tamat kontrak dan menganggur lagi selepas itu," katanya.

Sebelum ini, Kanti telah membunuh seorang anaknya dan cuba membunuh dua lagi tetapi mereka sempat melarikan diri dan bersembunyi di bilik tidur.

Jeritan daripada dua orang anaknya itu yang membuatkan jiran-jiran datang dan menyelamatkan mereka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram