Kenapa Jota tak ofsaid lawan Nottingham Forest akhirnya terjawab


  • Podium
  • Isnin, 21 Mac 2022

JOTA menjadi penyelamat Liverpool ketika menumbangkan Nottingham Forest pada peringkat suku akhir Piala FA pada Ahad. — AFP

PEMAIN Portugal, Diogo Jota muncul wira Liverpool ketika pasukan itu menumbangkan Nottingham Forest dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan suku akhir Piala FA pada Ahad.

Jota menyumbat satu-satunya gol tunggal perlawanan berkenaan pada minit ke-78.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp itu akan bertemu Manchester City pada perlawanan separuh akhir di Wembley.

Namun, timbul keraguan tentang sama ada gol Jota itu dibenarkan atau tidak.

Persoalan itu tercetus selepas VAR menunjukkan penyerang itu kelihatan berada dalam kedudukan ofsaid.

Tayangan semula televisyen yang menunjukkan garisan VAR menjelaskan bagaimana Jota dikira sebagai tidak ofsaid ketika jaringan itu.

Bagaimanapun, penjelasan itu tidak menghentikan persoalan para peminat bola sepak di media sosial.

Screenshot 2022-03-21 094425

Kredit — Twitter Dale Johnson

Wartawan portal ESPN, Dale Johnson menerusi ciapan di Twitter, menjelaskan mengapa gol itu diberikan.

"VAR menggunakan sudut yang terbaik untuk teknologi dan menghasilkan keputusan paling jelas.

"Jota adalah ofsaid tanpa tahap toleransi (sentuh garisan).

"Apabila berada pada jarak sebegitu, hanya garisan pertahanan ditunjukkan untuk kejelasan.

"Ingat, mata kita tidak dapat melihat perspektif," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram