WALAUPUN sudah berbulan musibah banjir melanda negara, namun masih ada mangsa yang mendakwa bahawa mereka belum lagi mendapat bantuan kewangan seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Seorang pengguna media sosial menggunakan nama Mohd Azhar Osman mendakwa, ia disebabkan borang bantuan banjir dikatakan telah hilang oleh pihak berkenaan.
"Sabarlah wahai penerima bantuan banjir yang dianiaya (borang hilang). Semoga kamu semua tabah," katanya.
Sementara itu, beberapa lagi pengguna media sosial juga menyatakan perkara sama berkenaan bantuan banjir yang masih lagi belum diterima.
TANGKAP layar komen yang ditinggalkan oleh beberapa netizen berkenaan dengan bantuan banjir. — Facebook
Norman Aslami berkata, ibu bapanya didakwa tidak dapat bantuan banjir kerana permohonan tidak dihantar.
"Parent saya juga mangsa keadaan, kami adik-beradik duduk satu taman dah dapat bantuan tetapi parent sahaja yang tidak dapat.
"Katanya tak terima borang permohonan sedangkan kami hantar (borang) sama-sama," katanya.
"Patutlah tak dapat bantuan banjir. Mereka hilangkan borang permohonan. Kalau tak jujur dalam kerja, macam inilah jadinya," kata King Yuss.
Zulfaizul Joe juga mengakui yang dia belum menerima bantuan banjir walaupun sebelum itu dia tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sebuah sekolah dan menggunakan duitnya.
Ascho Aschoo pula berkata, penduduk di Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor sudah mendapat RM1,000 dari pejabat tanah dan kini sedang menunggu bantuan kerajaan pusat pula.
"Tak tahu bila dapat, kata dua minggu sahaja, tapi dah sebulan tak dapat. Dulu dah mengamuk dengan kerajaan negeri, takkan nak mengamuk dengan kerajaan pusat pula," katanya.
Majoriti sedang berusaha mendapatkan komen pihak berkuasa berhubung dakwaan mangsa banjir berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram