RUSIA memberitahu mereka telah menggunakan peluru berpandu hipersonik Kinzhal untuk memusnahkan depot senjata besar di wilayah Ivano-Frankivsk barat Ukraine.
Malah, negara itu juga memaklumkan itu adalah kali pertama mereka menggunakan peluru berpandu sejak menghantar tenteranya masuk ke Ukraine pada 24 Februari lalu.
Jurucakap Kementerian Pertahanan negara itu, Igor Konashenkov memberitahu, peluru berpandu mereka telah mengenai depot bawah tanah yang menempatkan peluru dan senjata pesawat Ukraine.
Sementara itu, jurucakap tentera udara Ukraine mengesahkan serangan peluru berpandu Rusia ke atas Delyatyn di wilayah Ivano-Frankivsk pada hari Jumaat lalu tanpa memberikan butiran lanjut.
Terdahulu, Presidennya, Vladimir Putin berkata pada Disember tahun lalu memaklumkan bahawa Rusia adalah peneraju global dalam senjata peluru berpandu hipersonik yang sukar untuk dikesan dan dipintas.
Untuk rekod, peluru berpandu hipersonik Kinzhal adalah sebahagian daripada pelbagai senjata yang diperkenalkan pada 2018.
Dalam pada itu, Konashenkov menambah pada hari Sabtu bahawa tentera Rusia juga telah memusnahkan radio tentera dan pusat peninjauan berhampiran bandar pelabuhan Ukraine Odessa menggunakan sistem peluru berpandu persisir pantai. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram