Sitkom Puteri akan kembali ubati rindu peminat


  • Hiburan
  • Ahad, 20 Mac 2022

NORA Danish turut berkongsi gambar bersama Beego dan Kenchana Devi.

KERINDUAN peminat terhadap siri Puteri bakal terubat apabila pelakon utamanya, Nora Danish memberitahu bahawa sitkom akan kembali dihidupkan tidak lama lagi.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, selepas menyepi selama 15 tahun, sitkom tersebut akan menemukan peminat menjelang 1 Syawal nanti.

“Akhirnya kami kembali. #PuteriReunion 2022! Setelah lebih 15 tahun lamanya,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, Nora Danish turut berkongsi gambar bersama dengan dua lagi peneraju sitcom puteri iaitu Beego dan Kanchana Devi.

Peminat juga dilihat tidak sabar untuk menonton sitkom popular tersebut dan menyatakan ia seperti membawa kembali memori zaman mereka membesar.

“Ini betul-betul mengimbau kenangan, memang tak sabar nak tonton cerita ini,” komen seorang netizen teruja.

Menurut Nora, drama berjudul Puteri Reunion tersebut terbitan Padi Pictures dan diarahkan oleh Amor Rizan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram