Eyka Farhana kalis kecaman, hanya jadi diri sendiri


  • Hiburan
  • Sabtu, 19 Mac 2022

EYKA Farhana menyifatkan pemakaiannya tidaklah begitu menjolok mata seperti yang dikatakan netizen.

“SAYA jadi diri sendiri, tidak perlu hipokrit jadi orang lain,” kongsi pelakon Eyka Farhana berhubung kecaman peminat tentang cara berpakaiannya yang disifatkan menjolok mata.

Kata gadis berusia 27 tahun itu, dia hanya menutup mata terhadap kecaman yang diterima kerana padanya, lambat laun orang akan menerima dirinya apa adanya.

“Saya tak naklah jadi hipokrit. Saya percaya peminat lambat laun akan terima diri saya dan tahu sendiri siapa saya sebenarnya.

“Walaupun dulu ada komen kecaman, tetapi lama-lama peminat dah dapat terima diri saya begini dan mereka pun boleh faham,” katanya.

Tambah pemilik nama Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi itu, dia tidak melihat pemakaiannya semakin seksi seperti yang dikatakan netizen.

Jelasnya lagi, baginya dia memakai pakaian yang selasa pada dirinya dan bukan sengaja mahu mencetus kontroversi.

“Saya pakai apa yang selesa, dan dari dulu itu cara saya berpakaian yang mana tidaklah terlalu menjolok mata seperti digembar-gemburkan.

“Lebih ramai lagi di media sosial yang berpakaian lebih menjolok mata dari diri saya dan jika dibandingkan, orang ramai boleh menilai mana yang lebih seksi,” ujarnya.

Terdahulu, Eyka Farhana dikecam netizen kerana didakwa berpenampilan semakin seksi dalam hantaran di media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram