UKRAINE mengakui negara itu tidak akan menggesa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) untuk menerima mereka sebagai anggota pertubuhan tersebut.
Perkara itu ditegaskan oleh Presidennya, Volodymyr Zelenskyy ketika ditanya mengenai syarat yang dinyatakan Rusia supaya Ukraine tidak menyertai Nato.
Keengganan Ukraine untuk akur dengan Rusia membuatkan negara itu memilih untuk menyerang Ukraine kira-kira dua minggu lalu.
"Saya dah boleh jawab berkenaan perkara ini dan saya rasa Nato sebenarnya belum bersedia untuk menerima Ukraine.
"Pertubuhan itu nampaknya takut dengan kontroversi dan tindakan yang diambil Rusia," kata Zelenskyy.
Menurut Zelenskyy, dia sebagai presiden tidak mahu menjadikan Ukraine sebagai sebuah negara yang melutut untuk mendapatkan sesuatu daripada negara lain.
Ditanya sama ada dia mahu berkompromi mengenai status dua wilayah pemisah pro-Rusia, Donetsk dan Lugansk yang diisytiharkan 'merdeka' oleh Rusia, Zelensky menyatakan kesediaannya untuk berbincang.
"Saya sedia untuk berdialog dan berbincang tentang jaminan keselamatan. Persoalan tentang beberapa isu adalah lebih sukar berbanding mengiktiraf kemerdekaan mereka," ujarnya
Sehingga kini, 'kemerdekaan' Republik Donetsk dan Republik Lugansk belum diiktiraf mana-mana negara selepas tindakan Rusia merampas wilayah Crimea pada 2014 menjadi titik tolak kepada konflik yang berlarutan selama lapan tahun. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
Enggan lawan Rusia, Ukraine tak mahu sertai Nato
- Benua
-
Rabu, 09 Mac 2022