SEJAK beberapa minggu yang lalu, sering kedengaran keluhan daripada pelanggan berkenaan dengan ketiadaan ayam goreng di restoran makanan segera.
Malah, masalah sama itu dihadapi bukan dari satu cawangan sahaja, tetapi juga melibatkan beberapa cawangan di kawasan yang lain.
Majoriti berhubung dengan Pengarah Urusan Ayam Bismi, Mazlina Kamarudin dan dia menyifatkan kekurangan pekerja asing yang membuatkan bekalan ayam semakin kurang.
"Masalah kekurangan pekerja asing yang membuatkan kami, penternak terpaksa mengurangkan kemasukan ayam.
"Bekalan ayam ini memang ada naik turun dan tidak tentu. Buat masa sekarang bekalan ayam dah makin ada.
"Tetapi kami pun kalau boleh mahu urusan kemasukan pekerja asing dipercepatkan supaya bekalan ayam dapat dihasilkan dengan cukup," katanya kepada Majoriti.
Ditanya berkenaan pengambilan pekerja tempatan, menurut Mazlina, bidang penternakan bukanlah sesuatu yang mudah.
"Bidang ternakan ini satu kerja yang agak payah, berat dan kotor.
"Lagipun perhatian perlu diberikan selama 24 jam sehingga ayam habis," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram