DISAHKAN positif Covid-19 baru-baru ini, pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta mengakui amat berjaga-jaga untuk mengelak dijangkiti lagi.
Menurut Che Ta, pengalamannya dijangkiti Covid-19 sangat menakutkan kerana dia mengalami gejala yang sangat teruk.
"Masa dijangkiti itu, memang saya rasa sakit badan, sakit kepala, cirit-birit, muntah, batuk, demam dan selesema.
"Masa itu nak bangun pun tak larat apatah lagi nak tengok telefon," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta kempen Jols Luxe Fabrics for Rozita Che Wan sempena Hari Wanita Sedunia di sebuah hotel di ibu negara pada Selasa.
Disebabkan pengalaman itu juga kata Che Ta, dia sangat menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial.
Malah, ketika di sesi penggambaran sekali pun katanya, dia akan pastikan semua yang ada di situ memakai pelitup muka supaya dapat mengurangkan risiko dijangkiti.
"Kalau belum tiba giliran dia untuk berlakon ketika itu, saya akan meminta pelakon berkenaan pakai pelitup muka dan jangan tanggalkan. Hanya tanggalkan sewaktu giliran dia untuk berlakon saja," katanya.
Bukan sahaja tegas dengan SOP Covid-19, Che Ta juga meminta perekanya supaya tampil dengan busana yang mesra SOP.
"Macam baju yang saya pakai sekarang, memang saya sengaja minta besarkan di bahu supaya ada penjarakan fizikal. Tidaklah berada terlalu rapat.
"Sebab kadang-kadang bila ambil gambar dan sebagainya, ada yang terlupa untuk mengamalkan penjarakan fizikal," katanya.
Sementara itu, Pengasas Jouls Luxe Fabrics, Johan Lim berkata, dia dan isterinya, Alia @ Seri Hadia memilih Che Ta menjadi duta kempen berkenaan bagi memberi inspirasi dan membantu golongan ibu tunggal.
“Menerusi 10 peratus hasil jualan, kami akan salurkan kepada ibu tunggal, itu misi kami iaitu untuk bantu mereka bangun dan teruskan kehidupan dengan lebih baik,” katanya.
Dalam pada itu, Alia pula menjelaskan menerusi 13 koleksi tudung yang dikeluarkan untuk edisi tersebut direka sendiri, ia merujuk pada personaliti Che Ta.
“Semua rekaan dibuat selepas menyelidik karakter Che Ta. Beliau ni nampak saja macam seorang diva, tetapi tidak selepas mengenalinya dengan lebih dekat.
“Dia seorang yang menepati masa selain bekerja dengan bersungguh-sungguh, tu sebab dia wajah yang sesuai mewakili jenama kami bagi kempen sambutan Hari Wanita Sedunia hari ni,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram