Rusia sudah mula serang Ukraine


  • Benua
  • Khamis, 24 Feb 2022

TANGKAP layar video edaran Kementerian Pertahanan Rusia menunjukkan pengeboman semasa latihan bersama angkatan tentera Rusia dan Belarus di padang tembak berhampiran Brest. — Agensi

SATU letupan besar kedengaran di ibu negara Ukraine, Kyiv manakala sekurang-kurangnya dua letupan kuat menggegarkan bandar Kramatorsk di wilayah Donbas pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Bandar Kramatorsk kini menjadi tumpuan media asing untuk mengikuti perkembangan terkini di wilayah itu.

Letupan juga dilaporkan berlaku di bandar Kharkiv, Mariupol, Mykolaiv dan Odessa.

Menurut pihak berkuasa tempatan Ukraine, 'serangan sudah bermula,' dan letupan itu didakwa berpunca daripada 'serangan peluru berpandu'.

Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai kematian dan kecederaan akibat letupan itu.

Kenyataan rasmi mengenai penempatan tentera Rusia di wilayah yang dikawal puak pemisah proRusia masih belum diperoleh.

Terdahulu, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan khas akan dilaksanakan di Donbas. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram