SEJAK Isnin, tular satu video yang memaparkan beberapa orang guru mencampakkan telefon pintar yang dirampas daripada para pelajar ke dalam unggun api yang marak.
Difahamkan, guru-guru berkenaan bertindak sedemikian kerana pelajar-pelajar tersebut melanggar peraturan sekolah yang tidak membenarkan telefon pintar dibawa.
Walaupun kejadian itu dikatakan berlaku di negara jiran, Indonesia, ia turut mendapat perhatian netizen di negara ini.
Perkara itu mengundang pelbagai reaksi dengan ada yang menyokong tindakan guru berkenaan dan tidak kurang juga ramai yang tidak bersetuju cara 'didikan' guru tersebut.
Seorang pengguna Facebook, Badrol Hisyam menyatakan sokongannya terhadap guru di dalam video itu.
Menurutnya, tindakan guru-guru itu adalah wajar supaya pelajar tidak terdedah dengan perkara-perkara yang merosakkan diri.
"Menyusahkan ibu bapa? Dan memudahkan aktiviti yang merosakan diri mereka itu adalah baik. Contoh, adik awak duduk asrama, selalu Sabtu dan Ahad cuti balik kampung.
"Sebabkan kenal jantan yang selalu chat dia di Omi, TikTok dan bermacam lagi... Hantar gambar bogel, last jumpa tidur hotel. Keluarga bukan tahu dia pergi mana, buat apa...pasal dia cakap tak balik, study group.
"Benda kalau mereka guna ke arah kebaikan tak ada yang nak ambil tindakan macam tu, lagi orang galakkan adalah. Mahal sangatkah phone tu dari maruah diri?
"Yang duduk jauh itulah lagi dalam diam besi berkarat, kalau ubi diam berisi. Banyak lagi cara mak ayah nak bertanya khabar kalau anak duduk asrama," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram