Sekolah pondok dijilat api, enam tahfiz terkorban


  • Benua
  • Isnin, 21 Feb 2022

TANGKAP layar video pesantren yang terbakar di Jawa Barat, Indonesia pada Isnin. — Facebook

SEBUAH pesantren di Jawa Barat, Indonesia mengalami kebakaran pada Isnin, menyebabkan sejumlah murid tahfiz meninggal dunia.

Ketua Kecamatan Cilamaya Kulon, Jawa Barat, Rully Sutrisna mengesahkan insiden menyayat hati itu.

Menurut laporan, mangsa yang meninggal dunia sedang tidur ketika kebakaran berlaku.

Kebakaran tersebut dilaporkan berlaku pada 2.15 petang waktu Indonesia Barat.

"Dianggarkan enam orang meninggal unit manakala lima lagi mengalami luka melecur akibat kebakaran.

"Kesemua mangsa merupakan pelajar Gred 5," kata Sutrisna.

Kebakaran dilaporkan berjaya dikawal dan dipadamkan oleh anggota bomba.

Tambah Sutrisna, punca kebakaran adalah disebabkan oleh litar pintas. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram