MAYAT seorang remaja berusia 14 tahun ditemukan di dalam hutan di Desa Ambarawang, Samboja, Kabupaten Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, Indonesia pada Isnin.
Pihak polis mengesahkan budak itu adalah mangsa pembunuhan dan pemerkosaan.
Ketua Polis Daerah Samboja, Ajun Komisaris Adyama Baruna Pratama berkata, remaja malang itu dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak Ahad (20 Februari 2022).
Menurut Adyama, polis menemui kubur mangsa di dalam hutan dengan mayatnya dalam keadaan tertimbus.
"Penduduk di desa itu ikut sama membantu memindahkan mayat mangsa. Suspek juga kita sudah tangkap. Dia berpura-pura mencari (mangsa).
"Berdasarkan keterangan suspek, dia membunuh mangsa terlebih dahulu, sebelum merogol dan menanamnya," kata Adyama seperti dilaporkan Kompas.com pada malam Isnin.
Adyama berkata, pihak polis kini sedang menyiasat motif pembunuhan itu memandangkan suspek adalah jiran mangsa.
"Ketika ini siasatan masih diteruskan, namun kita ketahui dia merupakan jiran mangsa yang berusia kira-kira 40 tahun,” kata Adyama. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram