Wanita guna khidmat pondan maut ketika besarkan buah dada


  • Benua
  • Isnin, 21 Feb 2022

INDIVIDU disyaki menyediakan khidmat filler bagi membesarkan buah dada mangsa merupakan seorang wanita transgender. — Gambar hiasan

SEORANG wanita ditemui meninggal dunia di sebuah bilik hotel di kawasan Mangga Besar, Tamansari dekat Jakarta Barat, Indonesia pada Sabtu lalu.

Hasil pemeriksaan pihak polis pada telefon mangsa mendapati, si mati telah menggunakan khidmat seseorang bagi suntikan filler untuk membesarkan buah dada.

"Dia (mangsa) ada membuat temu janji dengan seseorang untuk membuat suntikan buah dada. Kosnya sebanyak 3.5 juta Rupiah (RM1,020), " kata seorang pegawai polis, Roland Manurung pada Isnin.

Namun, Murung berkata, individu yang menyediakan khidmat filler untuk membesarkan buah dada itu bukanlah seorang doktor.

Berdasarkan sejarah perbulan di telefon bimbit mangsa, katanya, individu berkenaan didapati merupakan rakan mangsa sendiri.

"Dia (pelaku) bukan doktor. Sebab itu kami syak ada kesilapan di sana. Cuma, untuk mengesahkannya, kami masih membuat siasatan," katanya.

Pada masa sama, beliau masih belum mendedahkan identiti pelaku, namun dia disyaki sebagai wanita transgender.

"Dari segi luaran dia memang nampak seperti wanita, tetapi berdasarkan keterangan saksi, dia kemungkinan perempuan trans. Masalah sekarang kita masih belum dapat rekod perubatan dia (mangsa)," katanya.

Manurung berkata, pihaknya menemui cecair keluar pada buah dada mangsa, manakala sejarah perbualan di telefon mangsa juga menunjukkan dia memiliki filler tersebut sebelum meninggal dunia.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarga dan polis kini sedang menjalankan usaha untuk memanggil pelaku yang bertanggungjawab mengisi filler pada buah dada mangsa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram