Bapa durjana perkosa anak tiri umur lima tahun dalam bilik mandi


  • Benua
  • Sabtu, 19 Feb 2022

PIHAK polis mengambil keterangan daripada suspek yang dituduh merogol anak tirinya. — Agensi

SEORANG lelaki tergamak merogol anak tirinya yang baru berusia lima tahun dalam kejadian di Kecamatan Plered, Kabupaten Purwakarta, Indonesia.

Suspek dilaporkan melakukan perbuatan keji itu ketika budak itu sedang membuang air kecil di bilik mandi di rumah mereka.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Purwakarta, Ajun Komisaris Arief Bastomy berkata, kejadian terbongkar apabila mangsa mengadu sakit pada bahagian kemaluan sebelum melaporkannya kepada nenek dan ibunya.

“Setelah itu, kanak-kanak itu dibedah siasat dan hasilnya diketahui, ternyata sakit di bahagian kemaluan mangsa berpunca daripada geseran objek tumpul,” katanya pada Jumaat seperti dilaporkan portal Purwakartanews.

Daripada hasil siasatan, Arief berkata, kanak-kanak malang itu menerima layanan tidak sepatutnya daripada bapa tirinya ketika mangsa berada dalam bilik air untuk membuang air kecil.

"Suspek dikatakan datang kepada mangsa dan memukulnya sebelum mencabul kehormatan anak kecil itu," katanya.

Akibat perbuatannya itu, suspek kini ditahan polis untuk didakwa di bawah Pasal 82 Ayat 2 Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 17 Tahun 2016 tentang Perlindungan Anak.

“Hukumannya ialah 15 tahun penjara,” ujar Arief. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram