SEORANG guru agama tergamak mencabul kehormatan enam pelajarnya berusia 11 hingga 19 tahun dalam kejadian di Desa Rancamulya, Kabupaten Subang, Bandung, Indonesia.
Suspek mengaku tindakan terkutuknya itu didorong keinginan nafsu selepas menonton video lucah.
Ketua Polis Subang, Ajun Pesuruhjaya Kanan, Sumarni berkata, suspek mencabul keenam-enam mangsa itu secara berulang kali dari Januari hingga 9 Februari 2022.
Beliau berkata, suspek berusia 34 tahun yang belum berkahwin itu berbuat demikian dengan memanggil mangsa kononnya untuk mengajar tata cara mandi wajib selepas haid dan nifas.
Polis yang menerima laporan itu kemudian melakukan menahan lelaki terbabit yang berasal Kecamatan Patokbeusi, Kabupaten Subang.
Polis Subang juga telah bekerjasama dengan agensi kerajaan, Dinas Pengendalian Penduduk, Keluarga Berencana, Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Kabupaten Subang bagi memberikan kaunseling serta rawatan psikiatri kepada mangsa.
"Suspek itu telah disoal siasat dan ditahan Unit Pelayanan Perempuan dan Anak Jabatan Siasatan Jenayah Polis Subang," katanya seperti dipetik portal Kompas.com.
Suspek boleh didakwa di bawah Pasal 82 Undang-Undang RI No. 35 Tahun 2014 tentang Perubahan Undang-Undang Indonesia No. 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram