Nenek 90 tahun maut dibelit ular sawa sepanjang enam meter


  • Benua
  • Rabu, 09 Feb 2022

BANGKAI ular tersebut masih berada di hadapan halaman rumah mangsa. — Agensi

SEORANG nenek dari Tanjung Jabung Timur, Jambi, Indonesia maut selepas dibelit ular sawa pada Rabu.

Keluarga mangsa cuba menyelamatkannya, namun malangnya gagal.

Kejadian bermula apabila nenek berumur 90 tahun itu pergi ke sebatang sungai tidak jauh dari rumahnya dan disebabkan tidak pulang lebih sejam, anak mangsa berasa curiga dan mencari ibunya di kawasan sungai itu.

Sampai di kawasan kejadian, anak mangsa terkejut apabila mendapati mayat ibunya dalam keadaan lemas kerana sedang dililit ular sawa.

Selepas itu, penduduk di kampung itu juga menolong menarik lilitan ular dan terpaksa membunuh ular sepanjang enam meter itu.

Susulan kejadian itu, jenazah mangsa dibawa ke pusat pengebumian untuk dikebumikan.

Sementara itu, bangkai ular tersebut masih berada di hadapan halaman rumah mangsa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Nenek, maut, ular, lilit, Jambi, Indonesia, ular sawa, piton,