PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mahu membawa Gavi ke Anfield namun pemain tengah Barcelona itu masih mahu kekal di Camp Nou, menurut agensi, Mundo Deportivo.
Portal Sepanyol itu melaporkan bahawa pengurus Liverpool, Klopp mendesak pemilik Liverpool untuk mendapatkannya Gavi pada musim panas 2022.
Pemain tengah antarabangsa Sepanyol berusia 17 tahun itu mempunyai klausa pelepasan €50 juta (RM 239 juta) dalam kontrak bersama Barcelona, menurut laporan itu.
Barcelona dilaporkan mahu memperbaharui kontrak Gavi dan dia sendiri mahu kekal di La Liga serta tidak mahu berpindah ke Liverpool pada musim panas 2022.
"Pada pandangan kami, tidak mungkin Liverpool akan dapat menandatangani Gavi dari Barcelona pada musim panas 2022.
"Ya, kami tahu bahawa Liverpool adalah kelab besar dan jenama global, dan sangat menarik kepada mana-mana pemain bola sepak," ujar agensi itu.
Walaupun baru berusia 17 tahun tetapi Gavi kini merupakan pemain utama dalam pasukan utama di bawah kendalian Xavi itu.
Di bawah Xavi, prestasi Barcelona sudah semakin baik dan pastinya dia tidak mahu melepaskan pemain antarabangsa Sepanyol itu yang berpotensi menjadi salah seorang pemain tengah terbaik di dunia. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram