SEKURANG-KURANGNYA dua maut termasuk seorang kanak-kanak dan 20 lagi cedera selepas sebuah van dinaiki mereka terbalik di wilayah Sindh selatan Pakistan, lapor Xinhua.
Menurut laporan media tempatan pada Rabu, kemalangan berlaku akibat tayar van meletup di lebuh raya di bandar Sehwan.
Mangsa kemalangan yang lain telah dikejarkan ke hospital berdekatan, kata polis kepada media tempatan.
Kenderaan malang itu dipercayai dalam perjalanan dari Mehar Taluka di daerah Dadu menuju bandar Hyderabad, menurut laporan itu.
Kemalangan jalan raya kerap berlaku di Pakistan, terutamanya disebabkan oleh kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik, jalan rosak, dan kecuaian terhadap keselamatan jalan raya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram