Vaksin Novavax untuk lawan gelombang Omicron


  • Benua
  • Isnin, 24 Jan 2022

NOVAVAX akan menjadi vaksin keempat yang digunakan di Australia. — Agensi

AUSTRALIA meluluskan penggunaan vaksin Novavax untuk individu berumur 18 tahun ke atas pada Isnin, menjadikannya vaksin Covid-19 keempat selepas AstraZeneca, Moderna dan Pfizer.

Kumpulan Penasihat Teknikal Australia mengenai Imunisasi (ATAGI) telah mengesyorkan dua dos vaksin Novavax dengan selang masa sekurang-kurangnya tiga minggu antara dua dos berkenaan.

Menteri Kesihatan, Greg Hunt berkata, kerajaan telah memesan sebanyak 51 juta dos vaksin Covid-19 Novavax untuk kegunaan pada Februari.

"Kita akan memulakan program itu pada minggu 21 Februari," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Australia pada Isnin melaporkan lebih daripada 40,000 jangkitan komuniti dan 58 kematian iaitu 24 di New South Wales, 17 di Victoria, 13 di Queensland dan masing-masing dua di Australia Selatan dan ibu negara Australia.

Hunt berkata, terdapat tanda-tanda gelombang jangkitan Omicron di Australia telah meningkat di beberapa kawasan, dengan kadar kemasukan ke hospital dilihat stabil.

"Jadi, ini detik penting di mana kita melihat tanda-tanda jelas bahawa gelombang Omicron, sekurang-kurangnya di New South Wales, Victoria, dan ACT telah memuncak," katanya.

Mulai Isnin, berjuta-juta penerima bantuan kebajikan layak menerima ujian antigen pantas (RAT) secara percuma. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Australia, COVID-19, vaksin, novavax, omicron