Ketua Menteri Pulau Pinang jalani kuarantin kendiri


  • Primer
  • Isnin, 24 Jan 2022

KON Yeow menjadi kontak rapat kepada kes positif Covid 19 ketika menghadiri satu majlis pada Sabtu. — The Star

KETUA Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kini sedang menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada kes positif Covid-19 ketika menghadiri satu majlis pada Sabtu lalu.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Kon Yeow perlu menjalani tempoh kuarantin kendiri selama lima hari bermula Ahad seperti yang diarahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

"JKNPP turut mengarahkan beliau menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pada hari ketiga iaitu esok dan ini termasuk beberapa individu berkaitan yang turut dikenal pasti sebagai kontak rapat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, JKNPP juga giat menjalankan pengesanan kontak bagi mengelak penularan jangkitan dan mereka yang berkaitan akan dihubungi pihak JKNPP dari masa ke masa bagi tindakan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram