PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan mahu menjadikan negaranya terus berkembang melalui pelaburan, pekerjaan, pengeluaran dan eksport termasuk dari segi lebihan akaun semasa.
Erdogan berkata, dia mahu pastikan negaranya terus berkembang melalui pelaburan, pekerjaan, pengeluaran, eksport, dan lebihan akaun semasa serta mencapai matlamat kita secepat mungkin.
"Kita semakin hampir kepada matlamat untuk menjadikan Turki sebagai satu daripada 10 ekonomi teratas dunia," katanya pada majlis perasmian pelbagai kemudahan di wilayah Gaziantep, Turki pada Sabtu.
Beliau, berkata kerajaan telah mewujudkan infrastruktur yang hebat di Turki di 81 bandar raya.
"Dengan potensi dan industrinya, Gaziantep adalah satu bandar paling mendapat manfaat daripada teras pembangunan ini.
"Kerajaan telah membuat pelaburan bernilai 45 bilion lira Turki (lebih $4.2 bilion) di Gaziantep sejak 19 tahun lepas,” katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram