47 mangsa korban banjir seluruh negara, lima masih hilang


  • Primer
  • Ahad, 26 Dis 2021

KERJA pembersihan barangan rumah yang rosak akibat banjir giat dilakukan di sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada Ahad. — Bernama

SERAMAI 47 orang korban banjir dicatatkan seluruh negara sehingga kini manakala lima lagi masih hilang, lapor Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Selangor mencatatkan bilangan tertinggi korban banjir sebanyak 25 mangsa manakala Pahang dan Kelantan masing-masing tiga mangsa.

"Daripada 25 jumlah kematian di Selangor, 17 kes adalah lelaki dewasa, manakala lapan lagi kes melibatkan wanita dewasa,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut kenyataan itu lagi, seramai 13 mangsa lelaki dewasa, empat wanita dan dua kanak-kanak lelaki dilaporkan di Pahang manakala di Kelantan membabitkan dua lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

pdrm, polis, acryl sani, korban, banjir, mangsa