Mangsa banjir Bentong, Mentakab terima 600 dapur mudah alih


  • Massa
  • Ahad, 26 Dis 2021

SEBANYAK 600 dapur gas mudah alih untuk mangsa banjir yang memerlukan di Mentakab dan Bentong. — Facebook

SEBANYAK 600 dapur gas mudah alih telah dihantar kepada mangsa banjir di Bentong dan Mentakab, Pahang.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, bantuan itu tiba pada pukul 5 petang pada Sabtu dan 300 set daripada dapur gas mudah alih itu telah diberikan kepada Timbalan Ketua Biro Publisiti, Wong Siew Mun yang berada di tempat kejadian sejak banjir bermula.

“Siew Mun dan Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) akan mengagihkan bantuan ini kepada keluarga yang memerlukan.

"Semoga usaha ini dapat membantu mangsa banjir menghadapi waktu yang sukar ketika ini," kata Ka Siong dalam satu status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata, pasukan bomba sukarelawan CRSM Ayer Hitam, Johor telah dihantar ke Mentakab untuk membantu kerja-kerja pembersihan.

“Pada 2006, 2007 dan 2010, Ayer Hitam dilanda banjir teruk melibatkan 12,500 mangsa dan 31 pusat pemindahan sementara dibuka. Ramai sukarelawan dari seluruh negara turut hadir membantu kami ketika itu.

"Kini, warga Ayer Hitam hadir menghulurkan bantuan. Inilah semangat Keluarga Malaysia yang kita amalkan selama ini dan akan diteruskan sampai bila-bila," tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram