Lebih 500 juta penduduk dunia jadi miskin tegar akibat Covid-19


  • Benua
  • Isnin, 13 Dis 2021

SETIAP negara perlu meningkatkan belanjawan kesihatan untuk rakyat mereka. — Agensi
PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia telah mengakibatkan lebih setengah bilion penduduk dunia jatuh ke kategori miskin tegar kerana mereka perlu membayar perkhidmatan kesihatan menggunakan poket mereka sendiri.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Bank Dunia juga menyifatkan pandemik Covid-19 sebagai bencana ekonomi terburuk yang pernah dialami sejak 1930-an.

Menurut WHO, kesan daripada itu mengakibatkan ramai orang takut untuk mendapatkan khidmat kesihatan kerana perlu membayar jumlah yang tinggi.

Ketua Pengarah WHO, Tedroz Ghebreyesus berkata, semua negara perlu mempercepatkan usaha untuk memastikan rakyat mereka boleh mengakses perkhidmatan kesihatan tanpa rasa bimbang dengan faktor kewangan.

"Semua negara perlu mengukuhkan perbelanjaan awam terhadap kesihatan dan sokongan sosial yang lain.

"Banyak negara yang sudah mencapai kemajuan sebelum Covid-19 melanda tetapi tidak mempunyai sistem kesihatan yang cukup kuat untuk menempuh pandemik," katanya.

WHO juga menjangkakan bahawa jumlah kemiskinan akan terus meningkat jika kawalan kesihatan tidak terus ditingkatkan daripada sekarang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Benua, Covid-19, Miskin Tegar, WHO, Bank Dunia