Tersenyum selepas dikerjakan Watford, Solskjaer mohon ampun kepada peminat Man United


  • Podium
  • Ahad, 21 Nov 2021

SOLSKJAER meminta maaf kerana 'tersenyum' ketika Man United dikerjakan Watford malam tadi. — Agensi

RAMAI yang mempertikai mengapa pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer masih mampu tersenyum walaupun pasukannya tewas 1-4 kepada pasukan Watford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada lewat malam Sabtu.

Malah, tindakan bersahaja Solskjaer itu mendapat kecaman ramai sehingga memaksa pengurus itu tampil meminta maaf atas perbuatannya itu

Menurut Solskjaer, senyumannya itu tidak bermaksud apa-apa dan tindakan tersebut juga dilakukan secara spontan.

"Saya minta maaf kerana tersenyum kerana itu adalah sifat semulajadi bagi manusia dan saya tidak bermaksud apa-apa.

"Diharapkan tindakan saya itu tidak terus dipanjangkan apatah lagi perkara itu bukanlah dibuat secara sengaja," katanya.

Dengan kekalahan itu, Solskjaer kini hanya menunggu masa untuk dipecat apabila pengurusan Man United dilaporkan bersedia membayar pampasan terhadap pengurus Norway itu.

Laurent Blanc, Michael Carrick dan Darren Fletcher disebut-sebut bakal menjadi pengurus interim manakala pengurusan Man United dilaporkan meningkatkan tawaran buat Zinedine Zidane untuk menggantikan Solskjaer secara tetap. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram