Niat selamatkan rumah tangga berantakan guna ilmu hitam, suami akhirnya mati ditetak kapak


  • Benua
  • Jumaat, 19 Nov 2021

ANTON Shabanov ketika saat-saat bahagia bersama isterinya. — Agensi

SEORANG suami berumur 33 tahun dari Rusia maut apabila ditetak dengan kejam menggunakan kapak selepas melakukan satu ritual ilmu hitam bagi menyelamatkan rumah tangganya.

Mangsa, Anton Shabanov yang juga merupakan seorang jurutera memilih untuk menggunakan ilmu hitam bagi menyelamatkan perkahwinannya yang hampir gagal selepas isterinya, Lyubov meninggalkannya setahun selepas mereka berkahwin.

Agensi New York Post melaporkan, Shabanov menggunakan khidmat seorang penipu, Nikolay Ivanov, 32, untuk melakukan upacara ritual dengan mengebumikan harta benda pasangan itu di sebuah hutan berhampiran.

Namun, Jawatankuasa Penyiasatan Rusia Ivanov menjelaskan, upacara itu bertukar tragedi selepas Ivanov dikatakan menghina pasangan itu sehingga mencetuskan pergaduhan dan pembunuhan.

"Ivanov dilaporkan mengambil kapak sebelum membunuh Shabanov dan menetak kepala dan lehernya.

"Dia kemudiannya melarikan diri setelah menutup mayat Shabanov menggunakan ranting pokok," tambah jawatankuasa berkenaan.

Meskipun mengaku bersalah, Ivanov hanya dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun enam bulan oleh mahkamah Rusia selain mengarahkannya membayar ganti rugi sebanyak $27,800 dollar (RM116,259) kepada keluarga mangsa.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Bunuh, Anton Shabanov, Rusia, ilmu hitam