Nenek umur 104 tahun lulus ujian cemerlang


  • Benua
  • Jumaat, 19 Nov 2021

WANITA itu mengambil ujian membaca, menulis dan mengira selama tiga jam dalam Bahasa Malayalam. — Agensi

WARGA emas berusia 104 tahun dari Kelara, India tidak menjadikan umur sebagai penghalang untuk lulus ujian asas literasi pada 10 November lalu.

Kuttiyamma Konthi dari daerah Kottayam menjadi antara pelajar tertua di dunia yang lulus ujian itu dengan mendapat markah sebanyak 89 daripada 100 markah dalam ujian Misi Literasi Negeri Kerala yang mana setara dengan pendidikan peringkat rendah.

Wanita itu mengambil ujian membaca, menulis dan mengira selama tiga jam dalam Bahasa Malayalam.

"Warga emas itu juga dengan yakin menjawab semua soalan dan menyanyikan keseluruhan lagu sebagai jawapan kepada soalan yang memerlukan responden menyanyikan empat baris dari mana-mana puisi," menurut media tempatan.

Menurut portal Times Now News, ujian tahunan itu dianjurkan di bawah projek celik huruf kerajaan negeri yang bertujuan mengurangkan kadar buta huruf dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat di Kerala.

Untuk makluman, kadar celik huruf di Kelara mencatatkan hingga 96.2 peratus dan Kottayam adalah daerah tertinggi yang mencatatkan kadar literasi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram