TINDAKAN seorang pemuda yang dipercayai menunggang motosikalnya di laluan kanan jalan raya telah mengundang amarah seorang pemandu lori di Sibu, Sarawak pada Khamis.
"Ini laluan sebelah kanan tapi kenapa awak memandu perlahan di tengah-tengah jalan raya," ujar pemandu lori tersebut.
"Awak ada lesen ke bawa motor ni?" pertanyaan oleh pemandu lori tersebut kepada pemuda itu.
Video berdurasi 59 saat itu menunjukkan pemuda tersebut memberhentikan motosikalnya di tengah jalan raya untuk berjumpa pemandu lori itu dan menimbulkan kekecohan di atas jalan raya pada Khamis di Sibu, Sarawak.
Melalui rakaman kamera papan pemuka (dash cam) pemandu lori tersebut menunjukkan penunggang motorsikal itu menunggang motosikalnya dengan sangat perlahan yang mana akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Rata-rata warganet mengecam tindakan pemuda itu dengan memberi komen marah dan bengang dengan tindakan penunggang motosikal itu.
"Nak bunuh diri pun cari la jalan lain yang tidak melibatkan org lain," komen dari pengguna Facebook, Zack Kayangan.
"Saya rasa dia ni tidak mempunyai lesen," Juet Ng memberi komen di video berkenaan
ANTARA komen yang mengecam tindakan penunggang motosikal terbabit.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.38 petang itu telah menjadi tular di laman media sosial Facebook Perkhidmatan lori pindah rumah dengan lebih 1800 ribu perkongsian.
Tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Sibu berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram.