SEORANG lelaki disaman polis Vietnam kerana videonya yang meniru Nusret Gokce atau Salt Bae tular di media sosial.
Bui Tuan Lam, 38, yang juga merupakan seorang penjual mi daging berkata, niatnya memuat naik video berkenaan hanyalah sekadar gurauan.
Malah, Tuan lam turut menafikan yang video berkenaan dibuat untuk memerli seorang pegawai kanan Vietnam yang dirakam sedang memakan daging stik bersalut emas di restoran cef selebriti dari Turki di London.
Dalam video yang tular itu, Tuan Lam menunjukkan video dia menabur daun bawang ke dalam semangkuk mi sup dengan gaya Salt Bae.
Salt Bae dengan gayanya yang cukup popular di dunia.
"Video itu saya buat secara suka-suka sahaja untuk mengiklankan kedai mi daging saya.
"Malah, lebih ramai pelanggan datang ke kedai saya sejak saya memuat naik video itu," katanya.
Malah, Tuan Lam turut memberitahu yang dia sebenarnya tidak jelas sama ada polis memanggilnya kerana video itu.
Terdahulu, rakyat Vietnam kecoh tular satu video yang memaparkan Salt Bae memberi makan daging disaluti emas kepada Menteri Keselamatan Awam Vietnam, To Lam.
Difahamkan, daging yang di makan To Lam itu dijual dengan harga RM8,000.
Namun, Facebook kemudian telah menyekat tandapagar #saltbae selepas video tersebut tular.
Untuk rekod, polis Vietnam bersikap tegas dengan mana-mana individu atau aktivis yang mengkritik Parti Komunis secara terbuka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram