Arab Saudi kini miliki 5 peratus saham Nintendo


  • ESport
  • Jumaat, 20 Mei 2022

NINTENDO memberitahu bahawa ia telah mengetahui tentang pelaburan tersebut daripada laporan berita dan tidak akan mengulas lebih lanjut tentang itu. — Agensi

ARAB Saudi kini memiliki 5.01 peratus saham Nintendo, sekaligus menjadikan negara itu pemegang saham kelima terbesar untuk syarikat Kyoto dengan perlaburan bernilai $2.98 bilion, menurut laporan Bloomberg dan The Financial Times.

Pembelian itu dibuat oleh Public Investment Fund (PIF), sebuah dana kekayaan negara yang membuat pelaburan bagi pihak kerajaan yang dikawal oleh Putera Mahkota Arab Saudi iaitu Mohammed bin Salman.

Jurucakap Nintendo memberitahu bahawa ia telah mengetahui tentang pelaburan tersebut daripada laporan berita dan tidak akan mengulas lebih lanjut tentang itu.

Ini hanyalah yang terbaru, paling berprofil tinggi dan terbesar dalam siri pelaburan yang dibuat oleh PIF Arab Saudi dalam industri permainan video ialah dengan memberi tumpuan khusus pada firma Jepun.

Pada penghujung tahun 2020, PIF membuat pelaburan $3 bilion dalam gergasi penerbitan permainan Amerika EA, Activision Blizzard dan Take-Two dengan anak syarikat yayasan Putera Mahkota memiliki hampir kesemua akses Metal Slug dan The King of Fighters SNK.

3942410-kofsf

Street Fighter ialah siri kartun anime dan permainan video dari Jepun. Ia diterbitkan oleh Capcom iaitu sebuah syarikat permainan video yang terkenal selepas Sega dan Konami. — Agensi

PIF juga telah melabur dalam syarikat penerbit Resident Evil dan Street Fighter Capcom pada bulan Februari bersama penerbit MapleStory Nexon,dengan menuntut lebih daripada 5 peratus kepentingan dalam setiap syarikat.

Permainan video ialah bidang pelaburan yang menonjol untuk PIF, dengan salah satu pelaburan terbesarnya sebanyak $3.5 bilion dan pada tahun 2021, PIF juga mengetuai konsortium yang membeli Kelab Bola Sepak Newcastle United di Liga Perdana Inggeris.

PIF diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan kekayaan rejim Saudi, dan untuk membantu melindungi ekonomi Saudi ketika dunia beralih daripada minyak sebagai sumber tenaga. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram