LA Liga tidak membenarkan Barcelona untuk menandatangani semula pemain pertahanan kanan berusia 38 tahun, Dani Alves, lapor Esport 3.
Ianya berpunca kerana La Liga tidak percaya bahawa pemain antarabangsa Brazil itu akan dibayar gaji hanya €1 (RM4.77) seminggu.
Isu ini bermula pada musim panas lalu apabila kelab gergasi Sepanyol itu tidak dapat mengikat Lionel Messi dengan kontrak baharu dan pemain senior terpaksa menangguhkan gaji mereka untuk membenarkan pemain baru Eric Garcia, Memphis Depay dan Sergio Aguero didaftarkan.
Sekatan itu antara cabaran yang perlu dihadapi pengurus baharu, Xavi untuk membina semula Barcelona yang kini menduduki tangga kesembilan liga selepas 12 perlawanan.
Dani Alves sepatutnya boleh diambil semula secara percuma kerana dia tidak terikat dengan mana-mana kelab setelah meninggalkan Sao Paulo pada bulan September dan tidak sabar untuk bermain mewakili kelab itu lagi selepas berjaya melakukannya dengan cemerlang dari tahun 2008 hingga 2016.
Tidak kira sama ada kepulangan Alves dilihat sebagai satu langkah ke hadapan untuk Barca atau tidak, namun mereka tidak dapat menandatanganinya walaupun dengan gaji token adalah satu tamparan yang memalukan serta menimbulkan persoalan tentang siapa yang mungkin boleh tiba di Camp Nou selepas ini.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram