Seperti dijangka, semua AJK Eksekutif FAM letak jawatan serta-merta


  • Podium
  • Rabu, 28 Jan 2026

Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025/2029 telah meletakkan jawatan mereka secara kolektif dan sukarela.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2025/2029 telah meletakkan jawatan mereka secara kolektif dan sukarela, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut FAM dalam satu kenyataan pada Rabu, keputusan itu dibuat secara sebulat suara, mengambil kira tanggungjawab terhadap organisasi tanpa dipengaruhi kepentingan atau jawatan peribadi.

Langkah berkenaan diambil secara berhemah dan berprinsip susulan situasi semasa yang mendapat perhatian umum, serta bertujuan melindungi integriti persatuan.

BACA LAGI: Pengalaman luas di Asia dan Eropah, arkitek baharu tak sabar bantu Selangor kejar kejuaraan

BACA LAGI: ‘Tiada ribut kekal selamanya’, Holgado tarik nafas lega penggantungan ditangguhkan

FAM mengumumkan kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2025/2029 telah meletakkan jawatan mereka secara kolektif dan sukarela.

Peletakan jawatan tersebut dilakukan dengan tujuan untuk mencapai beberapa objektif utama termasuk menjaga reputasi dan kepentingan FAM serta mengurangkan risiko yang boleh menjejaskan bola sepak Malaysia secara keseluruhan.

Di samping itu, langkah itu juga bertujuan menegakkan prinsip tadbir urus yang baik dan akauntabiliti terutamanya dalam usaha memelihara keyakinan awam.

Selain itu, ia juga memberi ruang kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menilai, meneliti dan jika perlu menangani sebarang isu berkaitan tadbir urus serta pentadbiran FAM.

Peletakan jawatan tersebut turut memastikan sebarang pembaharuan dapat dilaksanakan tanpa gangguan atau konflik persepsi, dengan asas kepercayaan yang tinggi.

Tindakan berkenaan menunjukkan bahawa khidmat kepada bola sepak Malaysia lebih diutamakan berbanding tempoh jawatan, walaupun Ahli Jawatankuasa Eksekutif telah diberikan mandat empat tahun, mereka memilih untuk melepaskan jawatan secara sukarela selepas 11 bulan dipilih.

Selain itu, langkah itu diambil untuk memulihkan keyakinan penyokong, pihak berkepentingan, rakan kongsi dan komuniti bola sepak secara keseluruhan, dengan mengekalkan kredibiliti institusi bagi memastikan kestabilan, kelestarian, dan pembangunan masa depan bola sepak negara.

Jawatankuasa Eksekutif menegaskan bahawa mereka akan tetap memberikan kerjasama penuh kepada FIFA, AFC dan semua pihak berkepentingan yang relevan sekalipun tidak lagi memegang sebarang jawatan, selain mereka menekankan komitmen masing-masing terhadap kepentingan jangka panjang bola sepak Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram