MENJELANG perlawanan akhir Piala FA 2025 pada Ahad, Johor Darul Ta'zim (JDT) yakin untuk mempertahankan gelaran itu buat kali keempat berturut-turut memandangkan Sabah FC tidak berada dalam momentum terbaik.
Namun, tekanan pasti dapat dirasakan dalam kalangan skuad Harimau Selatan susulan prestasi tidak menentu dalam dua perlawanan terakhir.
Ini selepas pasukan kendalian Xisco Munoz terikat dalam dua aksi terakhir menentang PKR Svay Rieng FC dalam Piala Shopee dan Shanghai Port aksi Liga Juara-Juara ACL Elite (ACLE) baru-baru ini.
BACA LAGI: Jangan fikir Sabah pasukan sama di final Piala FA — TMJ
Begitupun, dalam mengelak tekanan itu memberi kesan di dalam padang, JDT bijak mencari jalan dalam mengurangkan perasaan gugup itu dengan melakar senyuman sepanjang sesi latihan.
Suasana ceria dapat dilihat menerusi perkongsian Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) di laman TikTok yang memaparkan usikan pemain sayap, Mohamadou Sumareh sekali gus mencuri perhatian peminat bola sepak tempatan.
Menerusi rakaman video berkenaan, Sumareh dilihat bergurau dengan penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes dengan memanggil rakan sepasukannya itu sebagai ‘botak’.
“Hey botak, botak cakap, I love the botak,” katanya sambil disambut gelak tawa sekali gus mencerminkan hubungan akrab dalam pasukan Harimau Selatan.
Pada dalam masa, Sumareh turut mengajak para penyokong JDT agar hadir beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan menjelang perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Ahad.
“Kepada semua penyokong, cepat-cepat beli tiket dan datang ke stadium pada Ahad nanti,” katanya.
Perlawanan akhir Piala FA pada Ahad ini bakal mempertemukan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan cabaran sengit Sabah di Stadium Nasional Bukit Jalil SNBJ, sebuah pentas terbesar yang bakal menentukan siapa Raja Piala FA musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
