[VIDEO] 'Malas nak layan’, Jojo pulang semula paku buah keras, jaguh Bosnia sindirnya sekadar model Instagram


  • Podium
  • Selasa, 28 Okt 2025

Puric (kanan) dilaporkan pernah menawarkan diri menjadi rakan sparring Johan Ghazali.

KETEGANGAN antara jaguh muda Malaysia, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, atau lebih dikenali sebagai Johan Ghazali dengan petarung dari Bosnia, Denis Puric kini semakin memuncak.

Sebelum ini, veteran berusia 40 tahun yang dikenali sebagai 'The Bosnian Menace' itu menyatakan bahawa pertarungan itu tidak memberi faedah kepadanya kecuali jika ia melibatkan bayaran yang besar.

Kenyataan 'panas' daripada petarung berkenaan datang susulan hantaran media sosial Johan Ghazali yang mendakwa dirinya sebagai perintis bagi arena sukan tempur di Malaysia.

BACA LAGI: Jika bayarannya lumayan, saya akan datang belasah Johan Ghazali di Malaysia — Peninju Bosnia

BACA LAGI: 'Tak sia-sia selama ini practice gelak Datuk-Datuk', Jojo Ghazali terima anugerah Ahli Bintang Sarawak

Perang mulut antara kedua-dua petarung berkenaan telah berlanjutan beberapa bulan, apabila Johan Ghazali atau mesra dengan sapaan Jojo itu berulang kali mencabar Puric untuk bertarung.

Terbaharu, Puric kembali mencetus provokasi apabila menyifatkan Johan Ghazali sekadar model Instagram dan belum layak berada di tahap sepertinya, apa lagi bertarung menentangnya.

"Kau baru 18 tahun. Kau menantang aku. Kau cuba buat aku bersara, bro. Kalau kau berlawan dengan aku, aku rasa aku akan buat kau bersara. Dan aku tak mahu buat begitu sebab kau baru 18 tahun.

"Kau ada seluruh kerjaya di hadapan. Jo-blow, pergi jauhlah. Aku di sini untuk lawan yang terbaik daripada yang terbaik.

"Maksud aku, lihatlah nama-nama yang aku lawan. Aku lawan Takeru (Segawa) seterusnya. Satu-satunya sebab kau berada dalam ONE Championship, bro, ialah kerana bilangan pengikut kau.

"Kau sekadar model Instagram. Kekallah dengan itu dan jaga lane kau. Semua orang sedang menonton," kata Puric memetik video yang dimuat naik oleh Instagram One Championship.

 

 

Tidak duduk diam dengan kenyataan berkenaan, Johan Ghazali memberi respons balas di ruangan komen dengan dia seperti memberi petunjuk sedang menunggu kontrak untuk menentang Puric.

"Tak payah layan pun, haha. Aku akan bercakap bila kontrak dah ditandatangani," balas Johan Ghazali ringkas.

Untuk info, Puric yang pernah mengharungi pertarungan hingga ke akhir menentang Rodtang Jitmuangnon tahun lepas bertemu Ghazali bulan lepas di Kejohanan Dunia Remaja IFMA 2025 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu dengan kedua-duanya bertindak sebagai jurulatih.

Mereka bermesra dan sempat bergambar, malah Puric sempat menawarkan diri untuk berlatih tanding (sparring) bersama Johan Ghazali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram