[VIDEO] Lelaki sanggup bayar berapa saja demi jengkaut, isteri dan anak akhirnya ditemukan tertimbus tanah runtuh di Papar


  • Massa
  • Isnin, 15 Sep 2025

Kedua-dua mangsa iaitu isteri dan anak lelaki Jude akhirnya ditemui tertimbus dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"TOLONG saya". Itulah rayuan penuh pilu seorang bapa yang kini tular di media sosial apabila isteri dan anak lelakinya menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Mook, Papar, Sabah pada Isnin.

Dalam sebuah video yang menyentuh hati, lelaki berkenaan dikenali sebagai Jude Ito merayu kepada orang ramai yang mempunyai kenderaan berat seperti jengkaut agar segera tampil membantu mencari dua insan tersayangnya yang dipercayai tertimbus.

“Tolong dulu saya...Siapa-siapa yang ada trek jengkaut, tolong hantar dulu. Saya bayar berapa saja kamu mahu. Anak dan isteri saya sekarang di dalam (tertimbus tanah),” katanya dalam nada teresak-esak.

BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi lepas majlis kesyukuran, 8 staf hospital maut, brek bas tak berfungsi ketika turun dari Gunung Bromo

BACA LAGI: Gaji 8 bulan tak bayar, nak main macam mana? — Gopi

Rayuan tersebut menyentuh hati ribuan warga maya yang turut menzahirkan simpati serta doa agar usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan.

Namun dalam perkembangan terbaharu yang dikongsikan oleh Aldrian Willon di Facebook, kedua-dua mangsa iaitu isteri dan anak lelaki Jude akhirnya ditemui tertimbus dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Semoga isteri dan anak brother Jude Ito dijumpai dalam keadaan selamat.Kejadian tanah runtuh di Kampung Mook Papar. We pray for your family well being bro.

"Update terbaharu, isteri dan anak Jude telah dijumpai tapi Tuhan lebih menyayangi mereka. Stay strong bro. May their soul rest in peace," katanya.

Insiden tanah runtuh tersebut berlaku susulan hujan lebat berterusan yang melanda beberapa daerah di Sabah, termasuk Papar dalam tempoh beberapa hari ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram