[VIDEO] ‘Saya lagi suka cakap guna kaki tangan’, fight back to back bantu persiapan petarung Malaysia harungi UXR Showdown


  • Podium
  • Khamis, 28 Ogos 2025

Izat Zaki optimis persiapannya cukup untuk aksi di UXR Showdown pada 27 September depan. — Instagram/IzatZaki

PETARUNG negara, Mohd Fazzatkie Zaki menegaskan persiapannya kini berada pada tahap terbaik menjelang aksi di UXR Showdown pada 27 September depan selepas melalui beberapa siri perlawanan berturut-turut.

Mohd Fazzatkie bersama Jordan Boy dan Kabilan Jelevan termasuk nama besar yang akan turut serta dalam acara UXR Showdown di Sukpa, Kuantan, Pahang berkenaan.

Menurut atlet kelahiran Terengganu berkenaan, rentak pertandingan berterusan memberi kelebihan buat dirinya dalam menyesuaikan diri dengan cabaran sebenar di gelanggang.

BACA LAGI: [VIDEO] UXR Showdown di Kuantan bawa lebih 9 pertarungan sengit, Jordan Boy-Kabilan antara bakal bertempur

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Saya boleh cari lagi’, Rifdean 'Magic Boy' Masdor hadiahkan ibu kereta hari jadi sejurus 'takluk' ONE Championship

Mohd Fazzatkie atau lebih dikenali dengan panggilan Izat Zaki itu mengakui jadual padat bukan perkara asing buatnya kerana sebelum pandemik Covid-19, dia pernah beraksi sehingga tiga kali sebulan.

“Alhamdulillah, sekarang persiapan dah 100 peratus. Bulan lepas saya ada fight, bulan ini pun ada lagi. Jadi untuk persiapan UXR Showdown, saya rasa semuanya okay.

“Kalau dulu saya kurang latihan, memang rasa berat bila fight back to back. Tapi sekarang bila ada latihan konsisten, nak lawan empat kali sebulan pun insyaaALLAH boleh. Lagi banyak fight, lagi banyak pengalaman saya dapat,” katanya kepada Majoriti.

 

 

Mengulas mengenai tekanan menjelang perlawanan berkenaan, Izat Zaki yang terkenal dengan gaya bertarung kemas dan agresif itu enggan terbawa-bawa dengan reputasi lawan.

“Lawan kali ini saya dah kenal, dia jurulatih di gim Rentap di Sarawak. Jadi bila kita sama kategori berat, siapa pun lawan, saya yakin sebab saya memang latihan.

“Bekas jurulatih saya tak pernah bagi tekanan. Saya pun pernah lawan fighter yang lebih kuat sebelum ini. Bukanlah easy peasy, tapi saya yakin boleh lawan,” jelasnya.

Dalam pada itu, petarung berusia 26 tahun itu mengakui dirinya bukan jenis banyak bercakap, sebaliknya lebih selesa menunjukkan kemampuan di dalam gelanggang.

 

 

“Saya bukan jenis pandai cakap depan kamera. Kalau nak cakap, saya lagi suka cakap pakai kaki dan tangan dalam gelanggang. Itu memang cara saya.

“Bagi Izat, jika ada fighter yang dia pandai cakap, itu memang kelebihan dia. Izat pun ada kelebihan sendiri,” ujarnya sambil tersenyum.

Sebelum UXR Showdown, Izat Zaki bakal beraksi di Byon Madnees dengan berkemungkinan dia akan bertemu dengan rakan senagara iaitu Danial Hakim pada 30 Ogos ini di Jakarta, Indonesia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram