Jersi baharu belum diumum, Presiden TFC akui berpunca masalah produksi


  • Podium
  • Rabu, 06 Ogos 2025

Hishamuddin memaklumkan pelancaran rasmi jersi TFC hanya akan dibuat secara dalam talian pada Sabtu depan.

MISTERI berhubung jersi baharu Terengganu FC (TFC) akhirnya terjawab apabila Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim memaklumkan pelancaran rasmi hanya akan dibuat secara dalam talian pada Sabtu depan.

Penjelasan itu dibuat menerusi satu komen balas kepada penyokong yang bertanya tentang status jersi pasukan tersebut.

“Kalau tiada aral, akan dilancarkan secara atas talian Sabtu depan… kelewatan dari segi penghasilan,” katanya ringkas.

BACA LAGI : Pernah dilabel lebih hebat berbanding Arif Aiman, sayangnya Messi-Neymar Malaysia 'karam' angkara cedera dan konsistensi

BACA LAGI : Usia 39 tahun bukan penghalang, bekas import Selangor hampiri perpindahan ke kelab Pantai Timur

Tambahnya, jersi tersebut dijangka mula berada di pasaran sekitar pertengahan atau hujung Ogos nanti.

Untuk makluman, sepanjang tempoh pramusim, skuad Sang Penyu hanya mengenakan jersi latihan yang tidak menampilkan sebarang penaja seperti mana kebiasaan.

Sebelum ini, penyokong TFC membanjiri media sosial dengan keluhan apabila jersi musim baharu masih belum diumum walaupun Liga Malaysia 2025 sudah bermula.

Ini kerana hampir kesemua 13 pasukan yang bersaing musim depan sudah membuat pelancaran, termasuk bagi jersi ‘away’ dan ‘third’ yang dinanti-nantikan penyokong masing-masing.

Malah ada yang berseloroh menyatakan mereka hanya akan turun ke stadium hujung minggu ini dengan memakai baju pagoda kerana ‘warna putih dah sama’.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram