KBS bukan lepas tangan, FAM sedia ambil AMD


  • Podium
  • Khamis, 24 Jul 2025

KBS menegaskan pihaknya tidak lepas tangan berhubung hala tuju Akademi Mokhtar Dahari.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menegaskan pihaknya tidak lepas tangan berhubung hala tuju Akademi Mokhtar Dahari (AMD), sebaliknya proses peralihan pengurusan institusi pembangunan bakat itu masih dalam perbincangan yang belum dimuktamadkan.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, menjadi tanggungjawab persatuan sukan kebangsaan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengurus pembangunan sukan masing-masing, bukannya bergantung sepenuhnya kepada Majlis Sukan Negara (MSN).

Menurutnya, perbincangan mengenai pengurusan baharu AMD masih berlangsung dan keputusan muktamad dijangka dibuat sebelum hujung tahun ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

MENYUSUL...