'Akademi di sana kagum dengan pemain kita', FAM sahkan 3 pemain AMD ke Bosnia


  • Podium
  • Khamis, 24 Jul 2025

Tiga pemain muda dari AMD sedang menjalani sesi percubaan bersama sebuah akademi bola sepak di Bosnia dan Herzegovina.

TIGA pemain muda dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) kini sedang menjalani sesi percubaan bersama sebuah akademi bola sepak di Bosnia dan Herzegovina, sekali gus membuktikan bahawa bakat muda Malaysia semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub mengesahkan perkara itu dan menyifatkannya sebagai satu perkembangan positif yang mencerminkan kemajuan program pembangunan akar umbi di negara ini.

"Saya sahkan bahawa mereka sudah pergi ke Bosnia untuk trial. Akademi di sana sangat kagum dengan pemain-pemain kita,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Liga Wanita Nasional (LWN) 2025 di ibu kota pada Khamis. 

Menurut beliau, pihak akademi di Bosnia menunjukkan minat tinggi untuk menandatangani pemain-pemain tersebut dan kini proses perbincangan sedang berjalan bagi menyelaraskan hal-hal berkaitan kemasukan mereka secara rasmi.—Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram

MENYUSUL...