[VIDEO] Minta maaf peminat futsal, venue tukar jadi court pickleball dianggap wajar 


  • Podium
  • Selasa, 15 Jul 2025

Penukaran beberapa gelanggang futsal kepada gelanggang pickleball mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemina futsal tempatan.

PENUKARAN beberapa gelanggang futsal kepada gelanggang pickleball di beberapa lokasi di ibu kota dan negeri lain telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat dan komuniti futsal tempatan.

Rata-rata peminat futsal meluahkan kemarahan di media sosial kerana berpendapat tindakan tersebut menjejaskan ruang dan peluang mereka untuk bermain serta berlatih dalam sukan yang sudah lama bertapak kukuh di Malaysia.

Menurut penyokong futsal tanah air, gelanggang futsal awam sedia ada sudah pun terhad, dan penukaran fungsi kepada gelanggang pickleball dianggap tidak sensitif terhadap keperluan komuniti sedia ada.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengalaman ibu main pickleball di dewan sekolah Pulau Pinang cetus idea 3 sekawan cipta PikPok

BACA LAGI: Sukar nak ukur pickleball sukan no.1, Adam Adli harap Malaysia lahirkan bintang seperti Nicol David

Melontarkan pendapat berkenaan, dua usahawan raket pickleball dari syarikat PikPok, Karen Lee dan Melissa Ng menyifatkan keputusan menukar penggunaan venue futsal kepada gelanggang pickleball sebagai satu langkah yang wajar.

Hal ini kerana, dua rakan baik itu melihat sukan pickleball sebagai satu sukan yang berkembang pesat dengan ia juga lebih terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan berusia. 

Menurut mereka, walaupun memahami rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat futsal, pickleball menawarkan lebih banyak peluang kepada pelbagai peringkat umur dan latar belakang untuk terlibat secara aktif dalam sukan. 

Karen (kanan) dan Melissa.

"Kami faham dan bersimpati dengan komuniti futsal, tetapi pickleball lebih mudah diakses. Dua atau empat orang pun sudah boleh bermain, berbanding futsal yang perlukan lebih ramai pemain.

"Setiap kali sukan baru diperkenalkan, ia akan menjadi lebih kontroversi. Di Australia, banyak orang melihat pickleball sebagai sukan yang lain dan kita harus menghargai pickleball sebagai sebuah sukan baru, sebuah sukan yang berbeza," kongsi Melissa kepada Majoriti

Dalam pada itu, dua wanita berasal dari Pulau Pinang itu juga tidak bersetuju jika ada stereotaip mendakwa bahawa sukan pickleball  hanya tertumpu untuk golongan 'kayangan' atau dalam erti kata lain berkemampuan. 

Gelanggang pickleball semakin mendapat permintaan komuniti sukan tanah air. 

"Pandangan saya, saya tidak setuju (sukan orang kaya). Sukan ini untuk semua komuniti, semua orang boleh bermain. 

"Pickleball bukan hanya untuk pemain profesional. Malah kami sendiri bukan atlet profesional. Tapi kami main, mak cik main, anak-anak main. Kita nak semua orang rasa mereka boleh terlibat,” kongsi Karen yang  merupakan Pengasas Bersama dan Pengarah Pembangunan Perniagaan PikPok. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram