
TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim mengakui sukar untuk meletakkan sukan pickleball sebagai sukan nombor satu negara dalam masa terdekat, namun tetap optimis terhadap masa depannya jika dibangunkan secara menyeluruh dan berstrategi.
Menurut beliau, apa yang lebih penting ketika ini adalah membina landasan kukuh bagi melahirkan bakat tempatan yang mampu menyerlah di peringkat antarabangsa dan melahirkan bintang seperti sukan raket lain iaitu legenda skuasy negara, Datuk Nicol David.
“Akan ada cabaran untuk buat itu (lahirkan pemain seperti Datuk Nicol David). Tetapi saya harap ada peluang untuk dapatkan homegrown champions bagi temasya Olimpik dan berharap dengan persekitaran yang ada, kita percaya kita ada potensi,” katanya.
Adam Adli ditemui ketika Majlis Pelancaran Kejohanan World Pickleball Championship (WPC) Grand Slam Malaysia 2025 di The Pickel Grouds, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
MENYUSUL...