[VIDEO] Catat 38.03s, Azeem Fahmi pelari pertama bantu Auburn raih emas berturut-turut acara 4x100m NCAA


  • Podium
  • Sabtu, 14 Jun 2025

Azeem diletakkan sebagai pelari pertama untuk Universiti Auburn dalam pertandingan akhir 4x100m lelaki NCAA di Eugene pada Jumaat. — Universiti Auburn

PELARI pecut kebangsaan, Azeem Fahmi sekali lagi mencatatkan pencapaian membanggakan apabila dia dan rakan sepasukan berjaya merangkul pingat emas dua tahun berturut-turut di Kejohanan Trek & Padang NCAA di Amerika Syarikat.

Atlet Universiti Auburn itu bersama Kanyinsola Ajayi, Dario Matau dan Makanakaishe Charamba mencatat masa 38.33s untuk menduduki tempat pertama dalam acara lari berganti-ganti 4x100m di Hayward Field di Universiti Oregon pada Jumaat.

Manakala, pasukan dari Universiti Southern California menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan 38.46 saat, manakala Universiti Arkansas meraih tempat ketiga dengan masa 38.72 saat.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tugas belum selesai', Azeem Fahmi & Co muncul terpantas NCAA

BACA LAGI: Sikit lagi nak pecah rekod kebangsaan, Azeem Fahmi manusia terpantas di Carolina Utara

Untuk info, pada edisi tahun lalu menyaksikan Azeem bersama pelari pecut yang sama memenangi acara lari berganti-ganti 4x100m dengan catatan masa 38.03s.

Menjengah di ruangan media sosial pelari berusia 21 tahun berkenaan, Azeem jelas gembira dengan kejayaan berturut-turut itu dengan dia juga memuat naik foto kejayaan bersama rakan sepasukannya.

 

 

"Kejayaan itu tidak perlu diceritakan dengan kata-kata. Dua kali berturut-turut," kongsinya pada laman Insta Story.

Sebelum ini, kuartet Auburn mencatat masa 37.97 saat dalam saringan ketiga separuh akhir, menyamai rekod yang mereka cipta pada edisi tahun lalu, juga merupakan catatan ketiga terpantas dalam sejarah kejohanan NCAA di Hayward Field. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram