
PELARI pecut kebangsaan, Mohd Azeem Fahmi memenangi acara larian 100 meter di Kejohanan Olahraga Universiti Appalachian State yang berlangsung di Boone, Carolina Utara, Amerika Syarikat pada Ahad.
Azeem Fahmi yang berusia 21 tahun itu menamatkan perlumbaan akhir di tempat pertama dengan catatan masa 10.09 saat.
Namun begitu, masa tersebut tidak diiktiraf sebagai menyamai rekod kebangsaannya selepas kelajuan angin yang dikesan melebihi had yang dibenarkan. Masa itu kemudiannya diselaraskan semula kepada 10.12 saat.
BACA LAGI: Azeem Fahmi terus menyerlah di AS, catat masa terpantas 4x100m
BACA LAGI: Azeem Fahmi pecah rekod kebangsaan, catat 6.60 saat acara 60 meter di AS
Azeem Fahmi mahu melayakkan diri ke NCAA. — Instagram/AzeemFahmi
Pelari dari Coastal Carolina iaitu Deonte Hardy berada di tempat kedua dengan masa 10.41 saat, manakala pelari dari App State, Armonte Ferguson, di tempat ketiga dengan 10.43 saat.
Azeem Fahmi kini memegang rekod kebangsaan 100 meter dengan catatan 10.09 saat yang dicatatkan pada Kejohanan Dunia Remaja 2022 di Cali, Colombia.
Dalam pada itu, Azeem Fahmi berharap untuk meningkatkan kedudukannya dalam ranking bagi melayakkan diri ke Peringkat Serantau Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram