Presiden 'bersuara', Tengku Zafrul mahu Pearly-Thinaah kekal bersama BAM


  • Podium
  • Jumaat, 13 Jun 2025

Pasangan no. 3 dunia itu dikhabarkan mahu keluar dari BAM. — Badminton Photo

 

 

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mahu beregu wanita sensasi, Pearly Tan-M. Thinaah untuk kekal nersama badan induk itu bagi membantu persiapaan kem kebangsaan.

Pasangan beregu wanita No. 3 dunia itu masih belum menandatangani kontrak dengan badan induk itu di tengah-tengah khabar angin bahawa mereka cenderung ke arah laluan bebas dalam kerjaya masing-masing.

Tengku Zafrul, yang melawat Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara pada Jumaat (13 Jun), telah mengarahkan pengurusan BAM untuk melakukan sedaya mungkin untuk mengekalkan Pearly-Thinaah di bawah bumbung mereka.

BACA LAGI: Kami dah labur banyak, harap Pearly-Thinaah kekal — BAM

 BACA LAGI: Pearly-Thinaah masih belum sain kontrak, BAM tak mahu 'wabak' pemain ugut dengan wang merebak

Masa depan pasangan no.3 dunia itu bersama BAM masih menimbulkan tanda-tanya.

“Saya telah memberitahu pihak pengurusan untuk mencuba dan menyelesaikannya secepat mungkin.

“Adalah bagus untuk mempunyai kepastian itu supaya pemain dan pengurusan tidak terganggu dengan perkara ini.

"Kami juga perlu memastikan bahawa kami mengekalkan pemain dalam BAM, jadi saya telah meminta pihak pengurusan untuk mencuba yang terbaik dan memastikan (Pearly-Thinaah) kekal," katanya ketika ditemui di akademi itu.

Pearly-Thinaah baru-baru ini berjaya mara ke final Terbuka Indonesia tetapi cuma mampu muncul naib juara apabila ditewaskan Liu Shengshu-Tan Ning dari China. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram