
TONGGAK tengah Harimau Malaya, Endrick dos Santos tekad memanfaatkan pengalaman beraksi di Liga Vietnam untuk membantu pasukan kebangsaan memperoleh keputusan positif menentang Golden Star Warriors itu dalam perlawanan Kelayakan Pusingan Ketiga Piala Asia 2027 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.
Endrick, yang kini dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada pasukan Ho Chi Minh City dalam Liga-V 1 musim 2024/2025 berkata, dia bekerjasama erat dengan kejurulatihan untuk memberi idea dan input taktikal yang boleh membantu Malaysia mencipta kemenangan ke atas Vietnam, sesuatu yang tidak pernah dicapai sejak 2014.
Malaysia masih belum berjaya menewaskan Vietnam dalam beberapa pertemuan terakhir, namun Endrick percaya keadaan kali ini berbeza, bukan sekadar kerana kelebihan beraksi di laman sendiri, tetapi juga hasil persiapan rapi dan semangat kesatuan dalam pasukan.
BACA LAGI: Pernah 'hilang' 12 minggu akibat cedera, Sabah patut fikir 2 kali jika mahu tonggak Newcastle
BACA LAGI: Berebut posisi, tak mustahil Hector Hevel bikin 3 midfielder JDT 'gigit jari'
Endrick dos Santos yakin Malaysia mampu meraih keputusan positif ke atas Vietnam. — Facebook/Malaysia NT
“Kami telah menganalisis pasukan Vietnam bersama barisan penganalisis. Mereka pantas, kuat dan agresif. Tetapi seperti semua pasukan, mereka juga ada kelemahan.
“Kami telah berlatih keras mengikut perancangan jurulatih. Saya percaya 100 peratus kepada pasukan dan proses ini. Ia akan jadi perlawanan yang hebat,” katanya.
Endrick masih mempunyai dua lagi perlawanan dalam kontraknya di Vietnam sebelum berbincang soal masa depannya, tetapi buat masa ini, fokusnya sepenuhnya adalah untuk Malaysia.
Dengan kehadiran beberapa pemain warisan baharu dalam skuad kebangsaan, latar belakang pelbagai bahasa yang dimiliki Endrick iaitu fasih dalam bahasa Portugis, Sepanyol, Inggeris dan sedikit bahasa Melayu menjadikan beliau penghubung semula jadi di bilik persalinan.
“Kami gunakan pelbagai bahasa untuk saling membantu. Saya cuba buat pemain baharu rasa selesa. Semua staf dan pemain kini bergerak dalam arah yang sama. Itu sangat penting. Kami sehaluan, bersatu, dan fokus hanya untuk menang,” ujarnya.
Walaupun Vietnam dijangka menjadi lawan sukar, Endrick yakin Malaysia mampu bangkit terutama dengan sokongan padu penyokong di laman sendiri.
“Ini 11 lawan 11, tapi kita bermain di tempat sendiri. Itu beri kelebihan. Sokongan peminat amat penting, dan kami sangat perlukan mereka. Kami akan beri segalanya untuk dapatkan tiga mata,” tambahnya penuh semangat. — The Star/T.AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram