FAM umum kuartet warisan sarung jersi Harimau Malaya, ada 4 misi tersendiri


  • Podium
  • Rabu, 04 Jun 2025

Kem Harimau Malaya bakal diperkuatkan dengan kemasukan empat pemain warisan. — Malaysia NT

PASUKAN Kebangsaan Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan empat pemain baharu secara rasmi menyertai skuad senior Harimau Malaya, iaitu Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado.

Kesemua pemain itu sebelum ini telah beberapa hari menjalani sesi latihan bersama pasukan dan menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan.

Sebagai pemain berkualiti, mereka dilihat sudah bersedia untuk memperkukuh pasukan skuad kebangsaan dalam usaha merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia, lapor FAM.

BACA LAGI: Bukan ke NSFC, bintang muda JDT sebaliknya pilih kelab Utara

BACA LAGI: 'Tahu-tahu muncul atas padang,' pemerhati saran FAM buat kerja 'proper' perkenal pemain warisan

“Sejak saya tiba di kem latihan negara, Malaysia telah memberikan yang terbaik untuk saya.

“Saya dapat merasakan ia sesuatu yang amat istimewa untuk mewakili pasukan Harimau Malaya dan ia adalah satu penghormatan, dan saya akan berikan segalanya.” Kata Machuca.

Rodrigo Holgado juga menambah, “Sejak tiba di sini, saya jatuh cinta dengan suasana dan negara ini.

“Sekarang saya mula faham apa maknanya bermain untuk Malaysia — dan saya sedia berikan segala-galanya," katanya.

Jon Irazabal berkongsi keterujaannya bermain untuk skuad negara selain menyifatkan sebagai momen yang cukup unik.

“Saya telah memilih Malaysia, kerana saya percaya di sinilah tanggungjawab kebangsaan saya sebenarnya terletak.

“Saya sudah mula merasai sendiri betapa istimewa dan uniknya bermain untuk Malaysia," ujarnya.

Joao Figueiredo juga menyatakan hasratnya untuk melangkah lebih jauh bersama skuad kebangsaan di pentas peringkat Asia.

“Secara peribadi, musim ini amat bermakna bagi saya. Dan kini, dapat mewakili Malaysia serta berkongsi impian ini bersama anda semua — untuk melangkah lebih jauh di peringkat Asia dan dunia — benar-benar satu penghormatan.

“Saya tak sabar merasai sokongan dan kasih sayang daripada para penyokong. Ia sesuatu yang unik dan luar biasa," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram