
TERENGGANU FC (TFC) nampaknya tidak akan berjaya menamatkan Liga Super di kedudukan keempat selepas tewas 0-1 kepada PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang, Selangor pada Sabtu.
Kelab Lembah Klang seperti tidak memberi nasib baik buat Terengganu apabila sebelum ini, skuad Sang Penyu juga tewas kepada Selangor FC dan menyaksikan mereka terpaksa akur tewas dua perlawanan berturut-turut.
Penjaga gol The Cops, Nor Hakeem Hamidun berjaya memainkan peranan besar buat The Cops selepas cemerlang menafikan percubaan daripada penyerang sayap skuad Sang Penyu, Safawi Rasid.
BACA LAGI: [VIDEO] Hanya berlatih di lot parkir, persiapan Terengganu berdepan Selangor terganggu
BACA LAGI: Aura Stadium MBPJ tak gentarkan Terengganu, Badrul Afzan optimis jinakkan Gergasi Merah
Sang Saka Biru berhasil mendapatkan tiga mata penuh di laman sendiri menerusi jaringan tunggal pemain tengah mereka, Mohamad Imran Samso tiga minit selepas babak kedua permainan bermula.
Mengulas lanjut mengenai kegagalan skuad bimbingan Badrul Afzan Razali yang masih kekal menghimpun 32 mata selepas mengharungi 23 perlawanan, legenda kelab iaitu Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor mengganggap Sang Penyu masih belum menemui resepi.
"Persiapan untuk menentang PDRM memang tiada persediaan untk mencari kemenangan. Terengganu memerlukan jurulatih yang bersifat 'winner coach' atau 'champion coach', selagi tiada jurulatih yang saya sebutkan jangan harap untuk mendapat kedudukan satu atau dua.
"Kekalahan dengan Selangor tidak rasa menbebankan kerana semua orang berpendapat Selangor hebat apabila kalah dengan PDRM banyak persoalan yang boleh ditimbulkan," katanya kepada Majoriti.
Bagaimanapun, Che Ku Marzuki meramal kekalahan dua perlawanan berturut-turut itu akan meningkatkan kesedaran dalam pemain Sang Penyu bahawa mereka perlu bangkin mendapatkan tiga mata penuh pada aksi terakhir nanti.
Skuad Sang Penyu akan menutup Liga Super musim ini dengan menerima kunjungan daripada Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu pada 20 April nanti.
"Kekalahan dengan Selangor dan PDRM akan memberi sedikit motavasi dan kesedaran pemain untuk mencari kemenangan di tempat sendiri dan juga penuntup liga. Di sini pemain-pemain akan bersunguh-sungguh supaya dapat sambung kontrak lagi-lagi yang akan tamat
"Tapi perlu beringat kerana pemain-pemain Kedah juga akan bermain bersungguh-sungguh bukan setakat untuk menang tapi untuk diri sendiri supaya dapat dibeli oleh kelab lain," tutupnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram