Hasrat fans Harimau Malaya lihat kelibat Jon Irazabal di kem kebangsaan tertangguh?


  • Podium
  • Sabtu, 22 Mac 2025

Karier Irazabal dihabiskan di Sepanyol sebelum dia menyertai Sabah FK pada 2022.

HASRAT penyokong-penyokong Harimau Malaya untuk melihat kelibat bakal pemain warisan baharu, Jon Irazabal tidak kesampaian selepas dia dilaporkan masih belum dapat kelulusan dari kerajaan Malaysia.

Menerusi perkongsian @Frfuturetalents2 proses mendapatkan kerakyatan Irazabal tertangguh dan dijangka melaporkan diri ke dalam skuad kebangsaan pada Jun nanti.

Selain itu, @Frfuturetalents2 turut mendakwa Harimau Malaya turut diperkuatkan dengan lima pemain warisan baharu ketika menentang Vietnam nanti.

BACA LAGI: [VIDEO] Satu masa dahulu Liga Perdana mampu tarik minat 3 import berstatus bintang beraksi di Malaysia

BACA LAGI: Tidak mustahil Harimau Malaya terbang ke Sabah, Sarawak selepas SSI — FAM

Namun sehingga kini masih tiada pengumuman rasmi daripada pihak pengurusan skuad kebangsaan mahupun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan proses Irazabal itu.

Jika benar proses tersebut tertangguh, Harimau Malaya hanya diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain warisan iaitu Hector Hevel dan Gabriel Palmero pada panggilan kem kebangsaan kali ini.

Dengan khabar angin seperti ini, Peter Cklamovski pastinya sudah melakukan persiapan rapi untuk menghadapi Nepal tanpa kehadiran Irazabal di barisan pertahanan Harimau Malaya.

Untuk rekod, karier Irazabal dihabiskan di Sepanyol sebelum dia menyertai Sabah FK pada 2022.

Selain mewakili kelab dari Azerbaijan itu, pemain berusia 29 tahun itu pernah beraksi untuk Amorebieta, Leioa, Eibar B dan Mirandes.

Sejak menyertai Sabah FK, Irazabal sudah merekodkan 87 penampilan, enam gol dan dua bantuan gol. Ini termasuk empat aksi kelayakan Liga Konferens UEFA (UECL).

Selain beraksi sebagai bek kiri, Irazabal juga boleh beraksi sebagai bek tengah jika khidmatnya diperlukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram